Yuran Keahlian - RM20.00; yuran seumur hidup RM1000.00; yuran tahunan RM50.00 Manfaat Keahlian 1. DISKAUN harga bagi produk-produk jualan di Yawamas Mart sehingga 5% 2. Peluang untuk BERINFAQ sehingga 10% secara terus bersama Yawamas. 3. Peluang PELABURAN di dalam projek-projek ekonomi yang diusahakan Yawamas 4. INSURAN KELOMPOK apabila keahlian mencecah 1000 orang dgn harga termurah dan menikmati faedah2 insuran. 5. PELABURAN AKHIRAT melalui infaq, wakaf dan kepakaran kebajikan dan jagaan warga emas secara profesional. Keahlian biasa terbuka kepada sesiapa juga warga Malaysia beragama Islam, berumur 18 tahun dan ke atas. Penyertaan keahlian amat-amat digalakan dan dialu-alukan sepanjang masa.

Yayasan  Kasih Warga Emas Malaysia

Halaman Web Ini Dalam Proses Pembinaan Yuran Keahlian - RM20.00; yuran seumur hidup RM1000.00; yuran tahunan RM50.00 Manfaat Keahlian 1. DISKAUN harga bagi produk-produk jualan di Yawamas Mart sehingga 5% 2. Peluang untuk BERINFAQ sehingga 10% secara terus bersama Yawamas. 3. Peluang PELABURAN di dalam projek-projek ekonomi yang diusahakan Yawamas 4. INSURAN KELOMPOK apabila keahlian mencecah 1000 orang dgn harga termurah dan menikmati faedah2 insuran. 5. PELABURAN AKHIRAT melalui infaq, wakaf dan kepakaran kebajikan dan jagaan warga emas secara profesional. Keahlian biasa terbuka kepada sesiapa juga warga Malaysia beragama Islam, berumur 18 tahun dan ke atas. Penyertaan keahlian amat-amat digalakan dan dialu-alukan sepanjang masa.

Aktiviti Kini - Yang Telah Dan Sedang Dilaksanakan

Pendaftaran ahli Yawamas

Pendaftaran dibuka kepada mana-mana individu Islam yang berminat menyumbang bakti untuk menjayakan aktiviti-aktiviti Kebajikan dan Ibadah yang dikendalikan oleh Yawamas. 

Pembelian Tanah dan Pembinaan Kompleks Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah

Penjualan tanah waqaf  di Domnak Troyong, Puasat , Kemboja untuk pembelian tanah dan pembinaan Madrasah Tahfiz  Nurul Hidayah dilaksanakan secara maya melalui Whatsapp, Facebook dan juga secara bersemuka dengan penyumbang.


Lawatan kerja ke Pusat Jagaan Rufaidah ( PJR )

Lawatan Ahli Lembaga Yawamas ke PJR dilakukan pada 12 Okt 2023 yang diketuai oleh Tn Haji Abdul Razak Husin, Timbalan Pengerusi Yawamas. Satu MOU antara Yawamas dan PJR telah dimateri bagi menjalin Kerjasama mengendalikan PJR dengan lebih sempurna, Yawamas bersetuju untuk menjadi agen kutipan sumbangan dana daripada orang orang bagi pihak PJR.

Pembangunan Halaman Web Rasmi Yawamas

Bengkel penyediaan spesifikasi dan kandungan bahan-bahan untuk penstrukturan laman web Yawamas telah bermula semenjak Jun 2023. Setakat ini Yawamas telah berjaya melanggan domain, hosting dan deraf pertama dan kedua laman web tersebut yang telah dibentang dan bincangkan dihadapan Setiausaha Agung Dato Mohamad Yusoff Akope dan Hj Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah bersama En Azlan b. Abdullah dari Syarikat IklanIT Enterprise.

Payment Gateway ToyyibPay

Yawamas telah melanggan perkhidmatan Syarikat ToyyibPay bagi memudahkan semua jenis pembayaran dan sumbangan ke Akaun Yawamas secara atas talian termasuk untuk pembayaran keahlian.

Ibadah Korban Kamboja dan Aceh 2022 dan 2023

Yawamas telah berjaya menarik penyertaan sebanyak enam ekor Lembu untuk diserahkan kepada Sdr Aly Yusos, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Islam Kamboja bagi ibadah Korban. Pelaksanaan korban dilakukan di Domnak Troyong, Wilayah Puasat; Kpg Rokham Thanul dan Thanul Keng di Daerah Cham. Manakala dua ekor lagi dilaksanakan di Pusat Pengajian Pondok, pimpinan Ustaz Abdullah di Bandar Acheh.

Ziarah Kasih Warga Emas

Yawamas dari semasa ke semasa melakukan ziarah kasih ke atas warga emas yang menerima rawatan dihospital atau dirumah akibat sakit atau cedera kerana kemalangan.  Sila layari Facebook untuk berita terkini Ziarah Kasih.

Yawamas Mart.

Yawamas  telahpun memulakan perniagaan produk sejuk beku seperti ikan, ayam, dan sebagainya pada kadar mampu milik kepada khususnya ahli-ahli.

FB Yawamas Mart

Cadangan Aktiviti Sokongan:

  • Membina Komplek Jagaan Warga Emas
  • Mengwujudkan pengkalan data perolehan pinjaman peralatan dikala bencana.
  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
  • Briged Sukarelawan Warga Emas (BSWE)
  • Volunteer Time Bank (Bank Masa Sukarelawan)
  • Hospital Mesra Warga Emas (HMWE)
  • Pusat Pengajian Islam Warga Emas (PPIWE)
  • Jamuan Makan Malam Korporat Yawamas
  • Agen ibadah Qurban
  • Agen kutipan jualan wakaf
  • Lain-lain Aktiviti yang boleh menyumbang dana untuk pengurusan YAWAMAS.

Sasaran Kerja

  • Mengumpul dana kebajikan Warga Emas sekurang-kurangnya satu juta (RM1,000,000.00) menjelang tahun 2025;

  • Membina dan mengurus sekurang-kurangnya satu (1) Pusat Jagaan Warga Emas menjelang tahun 2030  berpandukan model PAWE Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sektor korporat.

  • Melantik pasukan pengurusan professional bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti pengurusan projek kebajikan, perniagaan dan kewangan YAWAMAS   dalam tempoh dua tahun (2023-2025).
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280 x 768. IOS dan Android dengan Keupayaan Susun Atur Responsif.
Hakcipta Terpelihara © Yayasan Warga Emas Malaysia 2023 - 2024
Halaman Ini Telah Dikunjungi 7251 Pengunjung
Kemas Kini Terakhir :  24 Disember 2023
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280 x 768. IOS dan Android dengan Keupayaan Susun Atur Responsif.
Hakcipta Terpelihara © Yayasan Warga Emas Malaysia 2023-2024



-
Halaman Ini Telah Dikunjungi 7251 Pengunjung
Kemas Kini Terakhir :  24 Disember 2023
Go to top Go to previous page