Yuran Keahlian - RM20.00; yuran seumur hidup RM1000.00; yuran tahunan RM50.00 Manfaat Keahlian 1. DISKAUN harga bagi produk-produk jualan di Yawamas Mart sehingga 5% 2. Peluang untuk BERINFAQ sehingga 10% secara terus bersama Yawamas. 3. Peluang PELABURAN di dalam projek-projek ekonomi yang diusahakan Yawamas 4. INSURAN KELOMPOK apabila keahlian mencecah 1000 orang dgn harga termurah dan menikmati faedah2 insuran. 5. PELABURAN AKHIRAT melalui infaq, wakaf dan kepakaran kebajikan dan jagaan warga emas secara profesional. Keahlian biasa terbuka kepada sesiapa juga warga Malaysia beragama Islam, berumur 18 tahun dan ke atas. Penyertaan keahlian amat-amat digalakan dan dialu-alukan sepanjang masa.

Yayasan  Kasih Warga Emas Malaysia

Halaman Web Ini Dalam Proses Pembinaan Yuran Keahlian - RM20.00; yuran seumur hidup RM1000.00; yuran tahunan RM50.00 Manfaat Keahlian 1. DISKAUN harga bagi produk-produk jualan di Yawamas Mart sehingga 5% 2. Peluang untuk BERINFAQ sehingga 10% secara terus bersama Yawamas. 3. Peluang PELABURAN di dalam projek-projek ekonomi yang diusahakan Yawamas 4. INSURAN KELOMPOK apabila keahlian mencecah 1000 orang dgn harga termurah dan menikmati faedah2 insuran. 5. PELABURAN AKHIRAT melalui infaq, wakaf dan kepakaran kebajikan dan jagaan warga emas secara profesional. Keahlian biasa terbuka kepada sesiapa juga warga Malaysia beragama Islam, berumur 18 tahun dan ke atas. Penyertaan keahlian amat-amat digalakan dan dialu-alukan sepanjang masa.

Yayasan Kasih Warga Emas Malaysia (YAWAMAS) ditubuhkan pada 2 Jun 2020 dan telah mendapat kelulusan daripada ROS pada 17 Julai 2020 bagi tujuan untuk memperbanyakkan lagi pusat-pusat jagaan warga emas di samping bersama kerajaan dan masyarakat bagi mewujudkan masyarakat yang sihat, berkasih-sayang, saling membantu dan prihatin.
Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan perniagaan bagi melahirkan golongan warga emas yang bermartabat, produktif, berdikari dan  terpelihara dengan melibatkan semua pihak berkepentingan yang perihatin kepada kesejahteraan warga emas di Malaysia.
“Menjadi sebuah wadah kebajikan dan kasih sayang yang terbaik bagi warga emas di Malaysia.”
“Memberikan sumbangan dan khidmat terbaik  yang “patuh syariah” dalam menyantuni warga emas, terutama bagi orang sakit, OKU dan miskin/daif bagi menjalani  kehidupan hari tua.”
“Kasihilah, Kamu Akan Dikasihi”
 
Kombinasi   bentuk  “love”,  khat  dan  warna  ungu, merah    hati     dan    emas    (gold)     membentuk keserasian   konsep   dan   selaras   dengan   tagline  “Kasihilah,  kamu akan dikasihi”.

Bingkai luar seakan imej dua orang berwarna ungu menggambarkan hubungan “pemberi” dan “penerima”. Tapak di bahagian dalam berbentuk ikon “love” berwarna merah hati melambangkan kasih sayang antara masyarakat dengan warga emas.

Lukisan khat diwani kontemporari menggabungkan huruf Ya, Wau, Alif, Mim dan Sin direkabentuk secara refleksi cermin menggabungkan roh Islami yang perlu ada pada semua aktivis YAWAMAS. Warna Emas menggambarkan warga emas.
Projek   kebajikan   ini memerlukan komitmen tinggi dan minat yang mendalam. Oleh kerana YayasanYAWAMAS ditubuhkan sebagai entity non-profit organization, ia memerlukan kesediaan dan kesanggupan    tenaga penggerak dan sukarelawan yang benar-benar ikhlas bekorban kerana Allah SWT.

Sumbangan, bantuan dan penglibatan pihak kerajaan, korporat, NGO, ilmuan, tokoh masyarakat, pemimpin akar-umbi, sukarelawan dan individu amat diperlukan.

Sumbangan boleh berbentuk wang, hartanah, peralatan, kenderaan, tenaga kerja, idea, komitmen dan hubungan (connection) sangat dialu-alukan.
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280 x 768. IOS dan Android dengan Keupayaan Susun Atur Responsif.
Hakcipta Terpelihara © Yayasan Warga Emas Malaysia 2023 - 2024
Halaman Ini Telah Dikunjungi 7251 Pengunjung
Kemas Kini Terakhir :  24 Disember 2023
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280 x 768. IOS dan Android dengan Keupayaan Susun Atur Responsif.
Hakcipta Terpelihara © Yayasan Warga Emas Malaysia 2023-2024



-
Halaman Ini Telah Dikunjungi 7251 Pengunjung
Kemas Kini Terakhir :  24 Disember 2023
Go to top Go to previous page